Selamat ulang tahun : PAS terus gah dipersada politik – PAS Kawasan Kuala Selangor
Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kuala Selangor Oleh : PAS Kawasan Kuala Selangor Kemunculan PAS dalam arena politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulama’ yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam...
Orang tamak selalu rugi – Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor
Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor Oleh : Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor Ketika beliau hilang majoriti tempoh hari Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghulurkan tangan menawarkan kerjasama bipartisan kepada parti-parti pembangkang dengan syarat menyokong undi percaya terhadap beliau. Berbagai tawaran dilontarkan pada blok pembangkang khasnya PH sehingga ada dikalangan penyokong...
PAS Kedah serah kelengkapan rumah bantu penduduk terjejas tragedi “Kepala Air”
OLEH: ROZAIDI TAIB Gurun, 24 Ogos – PAS Kedah menyerahkan sumbangan berupa barangan kelengkapan kepada 60 orang mangsa tragedi "Kepala air" di Kampung Baru Seberang Sungai, di sini, hari ini. Sumbangan disampaikan dalam sebuah majlis ringkas yang diatur Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jerai oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, Senator Ustaz Ahmad Yahya di perkarangan kediaman salah seorang penduduk kampung terbabit. Turut hadir ialah...
19 Isi Rumah Terima Bantuan Bencana Covid PAS Batu
Oleh : Maizatul Asida 23 Ogos 2021 Bukan sekadar cakap kosong, PAS Batu kian aktif menyalurkan sumbangan kepada penduduk terjejas. Terbaharu, serahan sumbangan yang bertempat di kawasan lapang Dewan Persatuan Penduduk Flat Sri Pangkor telah berjaya dilaksanakan dengan pemantauan SOP yang baik. Sebanyak 19 isi rumah terlibat dalam program serahan kali ini. Mereka terdiri daripada 16 orang penduduk Sri Pangkor, dua orang dari...
PAS Cawangan Lendu kibar Jalur Gemilang lambang kebersamaan lawan Covid-19
Oleh IBNU JANIE MASJID TANAH, 24 Ogos: Kempen kibar Jalur Gemilang bukan sahaja sebagai memperingati kemerdekaan namun ia juga untuk menyemarakkan semangat kebersamaan semua rakyat Malaysia dalam memerangi pandemik Covid-19, kata Ketua Cawangan PAS Kampung Lendu, Mohamad Nasri Jaafar. Menurut beliau, semua rakyat Malaysia harus mengambil kesempatan daripada suasana 'Sambutan Bulan Kemerdekaan' sempena Hari Kebangsaan Yang Ke-64 ini untuk mengeratkan silaturrahim...
PAS Kawasan Masjid Tanah ucap selamat hari jadi TYT Ke-72
Seluruh warga PAS Kawasan Masjid Tanah menzahirkan rasa penuh sukacita di atas ulangtahun kelahiran Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Seri Setia (Dr) Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka yang ke 72 pada 24 Ogos 2021. TYT Tun adalah kebanggaan seluruh rakyat Melaka kerana TYT Tun merupakan anak jati Melaka pertama yang berada pada jawatan ini yang...
Guru PASTI terima sumbangan RM500 daripada PAS Kawasan Rembau
Oleh RUSILAH MD SOM RANTAU, 24 Ogos : Salah seorang guru PASTI Tahfiz Al Pintar menerima sumbangan kewangan RM500 daripada PAS Kawasan Rembau, kelmarin. Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan ( LKK) PAS Kawasan Rembau, Ishak Omar telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada guru PASTI Tahfiz Al Pintar, Norliana Abu Bakar bertempat di alamat, No 16, Rumah Rakyat Sri Lalang, di sini. Menurut Ishak...
Selamat hari ulang tahun kelahiran Ke-72 TYT | PAS Melaka
Kepada Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr) Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka. Semoga TYT Tun dikurniakan kesihatan dan dipanjangkan usia serta dilimpahi rahmat oleh-Nya. ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN DATUK USTAZ KAMARUDIN SIDEK • Pesuruhjaya PAS Melaka • Penasihat Agama Kepada Ketua Menteri Melaka
Jabatan Amal berjaya baikpulih bekalan air untuk penduduk terjejas
OLEH: ROZAIDI TAIB GURUN, 24 OGOS – Petugas jabatan Amal hari ini berjaya melakukan baikpulih sistem perpaipan bekalan air yang terputus untuk penduduk kampung ekoran tragedi "Kepala Air" Gunung Jerai pada hari Rabu lalu. Pengarah program, Mohd Nakhaie Hassan berkata bekalan air tersebut untuk menampung 30 buah rumah di Kampung Sungai Badak yang terletak di kaki Gunung Jerai, di sini. "Seramai 150...
Gajah liar nak kena pindah ke Terengganu dah..
Oleh MOHD SABRI ABU BAKAR BALING- Gajah jantan liar lingkungan berusia 18 sehingga 20 tahun yang mengundang kebimbangan penduduk apabila sering merosakkan tanaman penduduk di Kampung Bukit Hijau, Kupang di sini berjaya ditangkap untuk dipindahkan, hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang , Brigadier Jeneral Dato’ Najmi Ahmad berkata, haiwan itu juga dikatakan menghampiri kawasan penempatan penduduk dan merosakkan tanaman...