Home Berita PAS Wilayah

19 Isi Rumah Terima Bantuan Bencana Covid PAS Batu

28
SHARE

 

Oleh : Maizatul Asida
23 Ogos 2021

Bukan sekadar cakap kosong, PAS Batu kian aktif menyalurkan sumbangan kepada penduduk terjejas.

Terbaharu, serahan sumbangan yang bertempat di kawasan lapang Dewan Persatuan Penduduk Flat Sri Pangkor telah berjaya dilaksanakan dengan pemantauan SOP yang baik.

Sebanyak 19 isi rumah terlibat dalam program serahan kali ini. Mereka terdiri daripada 16 orang penduduk Sri Pangkor, dua orang dari Sri Kelantan dan seorang dari Bandar Baru Sentul.

Serahan ini telah disempurnakan oleh Pengarah Zon 2 merangkap Naib Yang Dipertua PAS Batu, Abu Bakar Abdul Rahman bersama Timbalan Pengarah Zon 2, Harif Mahmud.

Dalam ucapan beliau, Abu Bakar memaklumkan bahawa sumbangan yang diberikan adalah hasil kutipan derma dari orang ramai yang telah disalurkan ke Tabung Bantuan Covid PAS Batu bagi membantu mereka yang terjejas ekoran pandemik Covid-19.

Beliau juga menyampaikan salam daripada Yang Dipertua PAS Batu, Ustaz Azhar Yahya yang tidak dapat hadir ke program serahan tersebut.

Turut sama dala program tersebut, Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Batu, Shukhiri Kamis dan AJK PAS Batu Zurina Din.

Orang ramai diseru untuk menghubungi Hotline Bantuan Covid-19 PAS Batu di 01118705115 / https://HotlineTBCPASBatu.wasap.my sekiranya mempunyai maklumat berkaitan individu atau keluarga di sekitar Parlimen Batu yang terkesan akibat pandemik ini agar lebih ramai golongan sasaran dapat dibantu.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh salurkan sumbangan anda melalui ;

1. Nombor akaun PAS Kawasan Batu Bank Islam Berhad : 12113010000551
(Rujukan ; Tabung Bencana Covid)

2. Secara atas talian @ https://amilin.pas.org.my/pasbatu/tabungbantuancovid19
Info lanjut & makluman sumbangan, hubungi

Ahmad Bahar (Bendahari PAS Batu)
http://www.wasap.my/60192865229 / http://www.wasap.my/60193344255

Like | Follow | Share :
https://linktr.ee/paskawasanbatu