Home Rencana PAS Selangor

Orang tamak selalu rugi – Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

200
SHARE

May be an image of 3 people and text that says "Invite opposition parties to join PH, urge lawmakers FMT Reporters August 24, 2021 9:30 AM HANNAH"

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

Ketika beliau hilang majoriti tempoh hari Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghulurkan tangan menawarkan kerjasama bipartisan kepada parti-parti pembangkang dengan syarat menyokong undi percaya terhadap beliau.

Berbagai tawaran dilontarkan pada blok pembangkang khasnya PH sehingga ada dikalangan penyokong kerajaan yang gusar.

Tetapi lantaran tamak dan bernafsu tinggi mereka menolak tawaran itu kononnya percaya jika Muhyiddin jatuh merekalah yang akan naik berkuasa.

Ditakdirkan Allah SWT apabila Muhyiddin terpaksa meletakkan jawatan kerana gagal mendapatkan sokongan PH parti-parti blok kerajaan kembali bersatu dan memberikan majoriti 114 kerusi kepada calon baru PM iaitu Dato Sri Ismail Sabri Yaakob, lantas beliau diangkat sebagai PM ke-9.

Hari ini rumah siap malangnya pahat karat masih mahu berbunyi. PM baru sudah selamat mengangkat sumpah, dan majoriti beliau melebihi angka majoriti mudah 111, tiada lagi keperluan bantuan dari blok pembangkang.

Tepatlah apabila PM berkata di Kedah semalam bahawa Kerajaan Persekutuan yang baru bukannya kerajaan perpaduan, tiada wakil pembangkang akan duduk dalam kerajaan. Namun atas sifat keterbukaan beliau demi bersama membina semula negara PM menawarkan blok pembangkang untuk sertai Majlis Pemulihan Negara atau MPN dan JK Khas Menangani Covid-19.

Kesimpulannya tak perlulah menyorong-nyorong pipi apabila hidung sudah ditakdirkan tidak mancung. Tamak selalu rugi.

Jadilah pembangkang yang membina dan biarkan PM dan kerajaannya menjalankan tugas mereka.

24 Ogos 2021 | 15 Muharram 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor