13 FEBRUARI 1942 (JUMAAT)
PADA hari ini dalam tahun 1942, pertempuran sengit telah berlaku di antara tentera Jepun dengan Batalion Pertama Askar Melayu di Tebing Pasir Panjang, Singapura.
Tentera Jepun telah menggugurkan bom-bom dari udara dan tembakan meriam-meriam dalam usaha mereka menawan Pulau Singapura.
Serangan bertalu-talu ini menyebabkan, Kompeni ‘A’ Batalion Pertama Askar Melayu gagal mempertahankan kubu mereka. Anggota-anggota yang terselamat telah berundur dan bersatu dengan Pasukan Kompeni ‘C’ di Kampong Pasir Panjang.
Tentera Jepun memperhebatkan serangan ke atas kubu-kubu Askar Melayu di sepanjang Pantai Pasir Panjang dan Bukit Candu.
Serangan tentera Jepun ini menyaksikan ramai anggota-anggota Askar Melayu gugur di medan peperangan antaranya Platoon Lt. Adnan bin Saidi.
Peristiwa serangan tentera Jepun ke atas Singapura ini mencatat sejarah perjuangan wira-wira Negara dalam mempertahankan nusa dan bangsa hingga ke titisan darah yang terakhir.
Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia
Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia
PAU USTAZ
Gerai hadapan Taman Bunga Raya Seksyen-3 dan Klinik Munshi, Bukit Beruang Melaka. Tempahan Whatsapps : +60136315113
TEPEN FROZEN YONG TAU FOO
Hubungi agen Masjid Tanah Yong Tau Foo segera – Bahrum : 011-16964842