🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

PAS Bantu Keluarga Mangsa Kebakaran

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – PAS telah membantu keluarga mangsa kebakaran, Johan Sidek selepas rumah yang didiami keluarga ini hangus dijilat api pada Rabu, 9 Februari.

Sebaik mendapat tahu berita kebakaran itu, Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah bergegas meninggalkan mesyuarat dalam talian untuk bersegera ke tempat kejadian di Kampung Merbau Patah dekat sini.

Ustaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam memberi kata-kata semangat buat keluarga Johan dan anak anaknya.

Beliau juga berjanji menguruskan keluarga ini dengan tindakan awal meminta pihak JPKK mencari ‘homestay’ sementara untuk keluarga malang ini.

“InsyaAllah pihak Pusat Khidmat Masyarakat DUN akan menguruskan segala keperluan keluarga Johan yang tinggal sehelai sepinggang.

“Petang ini kita akan membeli pakaian untuk keluarga ini di samping menyediakan rumah tumpangan sementara, esok lusa kita akan melihat keperluan seterusnya,” kata Ustaz Wan Sukairi ketika di temui di tempat kejadian.

Sementara itu, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Wakaf Mempelam telah mengusahakan sebuah rumah sewa dan menghantar beberapa keperluan saperti katil, tilam, dapur, peti sejuk dan beberapa peralatan penting lainnya.

“Harapan kita agar Johan dan keluarga dapat membina kehidupan yang lebih sempurna setelah segala harta yang di miliki hilang sekelip mata, apa yang penting keluarga beliau selamat,” ujarnya lagi.

Menurut Wan Sukairi, ramai dalam kalangan dermawan yang turun membantu keluarga ini.

Untuk makluman, Johan adalah Timbalan Ketua Cawangan PAS Kg Gong Pauh manakala anak lelaki beliau merupakan ahli jabatan Amal DUN Wakaf Mempelam.

Dalam pada itu, Ketua Kebajikan PAS Kawasan Kuala Terengganu, Zuraida Mohd Nor juga turut menyampaikan sumbangan.

Sumbangan itu diserahkan bersama Jabatan Amal kawasan yang di serahkan melalui, Syed Abu bakar.

Rumah yang di huni tiga keluarga (15 penghuni) hangus sekelip mata pada 9 Februari.

Ketika api besar menjilat hangus rumah Johan, pemilik rumah ini yang memangku seorang anak kecil hanya mampu memandang rumah yang hangus terbakar.

Rumah yang di huni Saudara Mat Su @Johan bin Sidek bersama isteri, anak, menantu dan cucu akhirnya menjadi arang di depan keluarganya.

Ketika kejadian kesemua isi rumah sedang berehat di beranda rumah setelah seawal jam 2 pagi melakukan rutin harian meniaga gerai makan di Pasar borong Gong Pauh.

“Kami tak sedar bila api merebak, sedar tak sedar api dah menjulang..” ujar Johan ketika di temui di tempat kejadian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️