Home Berita PAS Terengganu

Guru Veteran PASTI teruja belajar ‘Microsoft Excel

26
SHARE

Oleh : Fatimah Din

MARANG – Guru-guru veteran Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI) teruja dan bersemangat dapat menimba ilmu mempelajari aplikasi ‘Microsoft Excel’ walaupun mereka sudah berusia.

Guru PASTI Al Iman, Pekan Bukit Payung, Noriah Koter, 60 memuji bengkel yang diadakan dapat memberi pendedahan kepadanya dan rakan-rakan dalam memperkasakan lagi pengajaran di PASTI.

“Memang molek kursus ini diadakan, sikit-sikit sahaja saya boleh buat dulu, tapi masuk kelas dapat ilmu lebih lagi”, ujarnya gembira.

Bengkel Microsoft Excel yang diadakan pada 16 Mac di pejabat PAS Kawasan Marang di sini.

Bengkel Urusetia Penerangan Darul Iman Daerah Marang dengan kerjasama PASTI Kawasan Marang itu telah dihadiri seramai 41 orang guru PASTI dalam kawasan itu. .

Manakala Ketua Majlis Guru PASTI Marang, Zubaidah Ghani merakamkan ucapan terima kasih kepada mentor yang menunjuk ajar pada hari itu, Supervisor Information Technology Team, Afifah Razak.

“Dari jauh datang, dari Negeri Johor untuk memberi tunjuk ajar kepada kami semua, semoga para peserta dapat mengaplikasikan ilmu ini sebaiknya,” katanya.