Home Berita PAS Kelantan

Menteri Besar terima kunjungan hormat Menteri MOSTI

105
SHARE

Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA

KOTA BHARU, 12 Sept: Menteri Besar, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob menerima kunjungan hormat daripada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Dato’ Seri Dr. Adham Baba di Kediaman Rasmi Menteri Besar, semalam.

Kunjungan tersebut adalah dalam rangka lawatan pihak MOSTI ke Kelantan dan Terengganu.

Delegasi tersebut turut disertai Timbalan Menteri MOSTI, YB Datuk Ahmad Amzad Hashim, Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg.

Datuk Ir Ts Dr Siti Hamisah Tapsir, Timbalan Ketua Setiausaha MOSTI (Perancangan dan Pembudayaan Sains), Dr Nagulendran Kangayatkarasu, Timbalan Ketua Setiausaha MOSTI (Pembangunan Teknologi), Ts Dr Mohd Nor Azman Hassan serta pegawai tinggi MOSTI dan persekutuan.

Turut bersama Menteri Besar menerima kunjungan tersebut, Exco Kerajaan Negeri, YB Dr Izani Husin serta pegawai tinggi Kerajaan Negeri Kelantan.