Home Berita PAS Kedah

Bomba Baling jalani kuarantin terima sumbangan makanan

15
SHARE

Oleh MOHD SABRI ABU BAKAR

KUPANG, 12 Sept – Sembilan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daerah Baling yang sedang menjalani perintah kuarantin Khamis lalu menerima satu set sumbangan makanan daripada Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang,.

Sumbangan disampaikan oleh wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Kupang) iaitu Penolong Pegawai PKWR DUN Kupang Hassan Saad dan Setiausaha PKWR DUN Kupang, Mohd Sabri Abu Bakar.

Penyelia JPBM Baling, Mohd Basri Othman menzahirkan terima kasih kepada PKWR DUN Kupang dan Brigadier Jeneral¬†Dato’ Najmi Ahmad di atas keprihatinannya.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”