Negeri Sembilan

Dr Rafie Malek: Ampangan Bersih, Selamat & Sejahtera — Bino Semulo Ampangan

AMPANGAN — Huruf A dalam akronim AMPANGAN membawa maksud harapan sebuah Ampangan yang berada dalam komuniti yang sejahtera, menurut Dato’ Dr Rafie Malek, Calon No.3 Perikatan Nasional-PAS bagi N.14 Ampangan.

Menerusi kenyataan rasmi kempennya, Dr Rafie menegaskan apabila persekitaran dijaga, keamanan lebih terpelihara dan kehidupan akan menjadi lebih harmoni bagi seluruh warga Ampangan.

“Kita ingin lihat anak-anak membesar dengan baik dan jiran saling mengenali antara satu sama lain.”

Beliau turut menyeru semua pihak menghayati semangat “muafakat membawa berkat” dalam usaha Bino Semulo Ampangan, supaya setiap warga dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik.

Sumber: Kenyataan rasmi kempen Dr Rafie Malek, Calon No.3 N.14 Ampangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️