Ustaz Fairuz Isa Janji Beri Perhatian Khusus Isu Perumahan, Tanah & Air Warga FELDA Serting
SERTING β Sebahagian besar masyarakat di Serting adalah warga FELDA. Itulah pengiktirafan Ustaz Fairuz Isa, Calon No.1 Perikatan Nasional-PAS bagi N.05 Serting, menerusi kenyataan rasmi kempennya mengenai keperluan komuniti FELDA yang perlu diberi perhatian khusus.
Menurut Ustaz Fairuz, setiap agenda yang melibatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat di kawasan ini perlu mengambil kira keperluan sebenar yang dihadapi oleh komuniti FELDA β antaranya isu perumahan generasi kedua, warisan tanah dan bekalan air, yang telah lama menjadi harapan warga FELDA untuk diselesaikan.
“Jika saya diberi mandat untuk mewakili rakyat Serting, saya akan memberi perhatian terhadap isu ini… memastikan kerajaan yang terbentuk nanti memberi perhatian serta meneruskan pelaksanaan inisiatif yang telah dirancang agar manfaatnya benar-benar dapat dirasai seluruh warga FELDA di Serting, insyaAllah.”
Janji ini selari dengan tekad “Oportuniti Ekonomi & Pekerjaan” dalam manifesto rasmi Tawaran No.5 Serting (KITOJAGO), yang khusus memperjuangkan penyelesaian perumahan berfasa untuk generasi kedua FELDA lengkap dengan peluang kerja, pengangkutan dan kemudahan asas.
Sumber: Kenyataan rasmi kempen Ustaz Fairuz Isa, Calon No.1 N.05 Serting.
- S β Sejahtera
- E β Ekonomi Diperkasa
- R β Rakyat Diutamakan
- T β Telus Memimpin
- I β Integriti Terpelihara
- N β Nilai Islam Dibudaya
- G β Gemilang Bersama
- K β Khidmat Masyarakat
- I β Infrastruktur & Kemudahan Awam
- T β Tekanan Kos Sara Hidup
- O β Oportuniti Ekonomi & Pekerjaan
- J β Jaminan Mengutamakan Rakyat
- A β Amanah & Integriti
- G β Generasi Muda & Keluarga
- O β Operasi & Perkhidmatan Setempat