Dr Rafie Malek: YB A-Class Ialah Yang Mendengar Aduan Rakyat
AMPANGAN โ Memang tugas wakil rakyat untuk menjadi pendengar setia buat rakyat. Itulah pendirian Dato’ Dr Rafie Malek, Calon No.3 Perikatan Nasional-PAS bagi N.14 Ampangan, mengenai peranan sebenar seorang YB dalam menangani aduan rakyat.
Menerusi kenyataan rasmi kempennya, Dr Rafie menegaskan YB yang cemerlang adalah yang sentiasa mendengar aduan rakyatnya โ kerana rakyat adalah pihak yang mesti dibela, suara mereka wajib didengar dan rintihan mereka mesti diperjuangkan.
“YB yang A-class adalah yang mendengar aduan rakyatnya.”
Pendirian ini turut disokong testimoni Uncle Maniam dan Puan Nomy, dua penduduk Ampangan yang sebelum ini berkongsi pengalaman peribadi dibantu oleh Dr Rafie sepanjang beliau berkhidmat sebagai ADUN Ampangan (2018โ2023).
Sumber: Kenyataan rasmi kempen Dr Rafie Malek, Calon No.3 N.14 Ampangan.
- A โ Aduan Rakyat Disusuli Tindakan
- M โ Menaik Taraf Infrastruktur
- P โ Peningkatan Kualiti Pendidikan Serta Teknologi Digital
- A โ Angkat Kualiti Taraf Hidup Rakyat
- N โ Nadi Ekonomi Setempat Diperkasa
- G โ Generasi Beragama, Berilmu, Berkemahiran, Berdaya Saing & Berwawasan
- A โ Ampangan Bersih, Selamat & Sejahtera
- N โ Negeri Sembilan Bermula Dari Ampangan