Kelantan sedia bantu permudah laluan pembangunan atlet pekak
Oleh: Asri Hamat
KOTA DARULNAIM, 27 Julai – Kerajaan Kelantan bersedia membantu mempermudah laluan pembangunan atlet pekak di negeri ini mengikut kemampuan yang ada, kerana golongan itu berdepan kekangan dari segi pembiayaan berikutan tidak bertanding dalam temasya sukan arus perdana.
Exco Belia, Sukan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhamad berkata, kategori atlet pekak tidak dipertandingkan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) mahupun Para SUKMA sebaliknya menyertai Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA).
Katanya, keadaan itu menyebabkan sokongan pembiayaan kepada atlet pekak lebih terhad walaupun mereka memiliki semangat serta potensi yang tidak kurang hebat berbanding atlet lain.
“Ramai yang mungkin belum tahu, cabaran yang dipikul oleh atlet pekak sebenarnya agak mencabar.
Sumber: inforakyat.kelantan.my