Inilah 5 Calon PAS-PN Yang ‘Wow’ Di Negeri Sembilan
1. Ustaz Fatah — Bagan Pinang
Calon berpengalaman dan dekat dengan masyarakat. Gabungan pengalamannya sebagai bekas anggota tentera, pendidik agama dan ADUN Bagan Pinang membuktikan rekodnya yang panjang dalam dunia pendidikan, dakwah, kebajikan, kesihatan, pembangunan komuniti dan pentadbiran.
2. Haji Kamarol Ridzuan — Paroi
Calon profesional yang berkhidmat untuk rakyat dengan set skil luar biasa. Lebih tiga dekad pengalaman dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan, penyelidikan industri serta pembangunan komuniti menjadikan beliau seorang pemimpin yang membuat keputusan berdasarkan data, fakta dan keperluan sebenar rakyat. Khidmatnya pada masyarakat selama ini menjadikannya tidak hanya profesional di tempat kerja, tetapi juga prihatin di lapangan.
Baca rekod penuh khidmat beliau di Dewan Undangan Negeri: Program PAROI — Kamarol Ridzuan. Ikuti: Facebook · TikTok · Instagram · Laman Web
3. Dato’ Dr. Rafie Malek — Ampangan
Calon lengkap dengan ilmu, pengalaman dan pentadbiran. Beliau membawa kombinasi ‘rare’ dalam aspek ilmu akademik, pengurusan syarikat multinasional, perundangan, pentadbiran kerajaan serta hubungan antarabangsa. Beliau bukan hanya tokoh yang mempunyai idea, tetapi memahami cara melaksanakan dasar.
Baca lagi: Siapa Dato’ Dr Rafie Malek? Calon PN No.3 N.14 Ampangan. Ikuti: Facebook
4. PM Kumar — Lobak
Calon aktivis kebajikan merentas kaum. Lebih dua dekad, beliau terlibat dalam aktiviti sosial, kebajikan, bantuan kanak-kanak istimewa, RELA, Bulan Sabit Merah dan sukarelawan aktif hospital. Kekuatan beliau bukan pada jawatan besar, tetapi pada pengalaman membantu masyarakat secara langsung tanpa mengira kaum dan lapisan masyarakat.
5. Ustaz Fairuz Isa — Serting
Ulama muda, pendidik, dan pemimpin berpengalaman. Beliau membawa imej agamawan yang bukan sekadar aktif di pentas ceramah, malah membina institusi pendidikan serta mempunyai pengalaman dalam pentadbiran dan politik negeri. Peranannya sebagai Penasihat Pertubuhan Lajnah Ekonomi, Perhubungan Usahawan dan Kebajikan turut memperlihatkan keupayaannya dalam aspek ekonomi rakyat. Usianya yang lebih muda menjadi kelebihan untuk membawa kesinambungan kepimpinan yang segar dan berwibawa.
Baca lagi: Siapa “Penggerak Khidmat” Rakyat Serting? Ustaz Fairuz Isa. Ikuti: Facebook · TikTok · Laman Web
Maka, terbuktilah bahawa lima calon ini datang dengan set skil dan kepakaran yang luar biasa. Mereka ini bakal menjadi anugerah terindah buat rakyat Negeri Sembilan.
Nismilan, Kito Jago!
Sumber: Kenyataan rasmi kempen Perikatan Nasional Negeri Sembilan.