Siapa Ustaz Abdul Fatah Zakaria? Calon No.2 PN N.31 Bagan Pinang
Ustaz Abdul Fatah Zakaria ialah calon No.2 Perikatan Nasional bagi N.31 Bagan Pinang — ADUN Bagan Pinang sejak Ogos 2023 selepas menang dengan majoriti 3,426 undi.
Veteran Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)
Berkhidmat sebagai Pembantu Agama Kanan sejak 1988 — bermula di TUDM Kuantan (1988–1989), Markas 4 Div Kuantan (1989–1990), 10 RAMD Miri (1990–1994), dan 15 RAMD Miri (1994–1997). Turut pernah menjadi Jurulatih PUSASDA (1997–2007) dan Jurulatih Kerohanian ILMI (2007–2010).
Pendidikan
- 4 Thanawi, Maahad Muhammadi, Kota Bharu
- Sekolah Menengah Arab Agama, Pasir Mas
- Sekolah Kebangsaan Mekasar, Pasir Mas
Politik & Penglibatan Masyarakat
Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Sembilan, Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Negeri Sembilan, Yang DiPertua PAS Kawasan Port Dickson, Ketua Cawangan PAS Bandar Springhill. Turut aktif dalam pelbagai persatuan komuniti termasuk Ahli Biro Khas Persatuan Anak Kelantan Perantauan dan Penasihat Persatuan Prihatin Port Dickson.
Lahir di Kampung Kasar, Pasir Mas dan bermastautin di Port Dickson sejak 1997.
Penglibatan Dalam Masyarakat
- Ahli Biro Khas Persatuan Anak Kelantan Perantauan
- Penasihat Persatuan Prihatin Port Dickson
- Penasihat Persatuan Khairat Kematian Bandar Springhill
- Mantan Pengerusi Dakwah Masjid Bandar Springhill
- Mantan Panel Pelawat Hospital Port Dickson
- Mantan Panel Klinik Lukut
- Timbalan Pengerusi Surau Al-Hijrah Bandar Springhill
- Naib Pengerusi PDK Lukut
- Ahli Persatuan Veteran ATM (PVATM) Port Dickson
- Pengerusi Biro Pelaburan dan Hartanah Koperasi Purnama
- Pengurus PASTI Al-Mukmin Bandar Springhill
- Pengurus PASTI Nur Islam Lukut
- Mantan Naib Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Agama Teluk Kemang
- Mantan AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Lukut
- Penaung Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Al-Khawarizmi Port Dickson
Menghadiri Istiadat Pembukaan DUNNS Ke-15
@ustazfatahzakaria
Alhamdulillah, menghadiri Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Ke-4, Dewan Undangan Negeri Sembilan (DUNNS) Ke-15. Majlis berlangsung dalam suasana penuh tertib dan istiadat di Dewan Undangan Negeri Sembilan. #UstazFatah #DUNBaganPinang #BaganPinangSejahtera
♫ LANGKAHKU DALAM REDHA-MU – SM STUDIO
Temu Bual Eksklusif Calon Perikatan Nasional, Ustaz Fatah
Sumber: Biodata dan kenyataan rasmi kempen Perikatan Nasional Negeri Sembilan.