Program Kuliah Duha pupuk integriti penjawat awam – YB Mohd Asri
KOTA DARULNAIM, 15 September – Program Solat dan Kuliah Duha yang dilaksanakan secara bulanan di Kompleks Kota Darulnaim menjadi antara medium pengisian kerohanian dalam memupuk jiwa yang bersih dan integriti dalam kalangan penjawat awam.
Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta YB Mohd Asri Mat Daud berkata, program kelolaan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (PSM) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan itu turut mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa beringat dengan tuntutan syariat ketika melaksanakan tugasan.
“Program sunat Duha beserta tazkirah kepada penjawat awam adalah program bulanan yang telah ditetapkan.
“Ia bertujuan bagi membangunkan jiwa suci lagi berintegriti dalam tugasan serta sentiasa beringat dengan tuntutan Syariat,” katanya di laman rasmi selepas program berkenaan, pada Ahad.
Sumber: inforakyat.kelantan.my