“Dah 2 Meninggal Kat Situ” — Amaran Pokok Tumbang Sejak 2023
Nota: Isu ini dibangkitkan Hj Kamarol Ridzuan, ADUN Paroi, semasa menjalankan tugas rasmi sebagai wakil rakyat di sidang Dewan — direkodkan rasmi dalam Hansard, bukan tuduhan yang diungkit selepas tempoh perkhidmatan. Rekod berdasarkan Hansard setakat tarikh sidang berkenaan; sekiranya ada perkembangan/penyelesaian lanjut selepas itu, ia tertakluk kepada kenyataan terkini pihak berkuasa.
Amaran Sebelum Tragedi
Pada Disember 2023, Hj Kamarol Ridzuan, ADUN Paroi, memberi amaran dalam Dewan mengenai Jalan Paroi–Senawang: banyak lubang, naik air bila hujan lebat, tanah runtuh dan pokok bakal tumbang berhampiran Restoran Casa Lagenda (Hansard Dis 2023, ms 203). Jalan Persiaran Senawang 2 turut disebut sebagai “berpotensi merisikokan kecelakaan jalan raya” (Hansard Dis 2023, ms 202).
Amaran Berulang Tanpa Progress
Isu pokok tinggi berisiko tumbang di Seremban Jaya, Paroi, Senawang dan Ampangan turut dibangkitkan — baru ~50% diselenggara, dan beliau mengangkat isu ini sebanyak 3 kali dalam sidang yang sama kerana tiada progress dilihat (Hansard Nov 2024, ms 340 & 381).
Amaran Jadi Kenyataan
Pada 5 April 2024 — lebih setahun selepas amaran pertama — seorang lelaki 48 tahun, Ma Kamal Basri, maut apabila keretanya dihempap pokok tumbang di Jalan Senawang Paroi, Taman Rashidah Utama, Seremban. 17 anggota bomba dikerah ke lokasi (Portal Berita RTM).
Mahkamah Sahkan MBS Cuai
Dalam kes berasingan (Tol Rasah, 2018), Mahkamah Rayuan mengesahkan pada 19 Mac 2025 bahawa Majlis Bandaraya Seremban (MBS) cuai menyelenggara pokok jalan, dan diarah bayar RM216,949 ganti rugi kepada seorang penunggang motosikal yang cedera — bukti rasmi mahkamah bahawa isu penyelenggaraan pokok MBS bukan kes terpencil.
Rekod Hansard ini menunjukkan Hj Kamarol Ridzuan telah menyuarakan risiko ini lebih awal, hasil pemantauan berterusan beliau terhadap keselamatan jalan raya di kawasan Paroi.
Bukan Sekadar Bangkit Isu — Cadang Penyelesaian
Dalam sidang Mei 2024, Kamarol Ridzuan bukan sekadar bangkitkan isu pokok berisiko — beliau cadangkan penyelesaian konkrit: wujudkan "buffer zone" supaya pokok di tanah persendirian tidak merentasi jalan raya berpotensi bahaya. "Sepatutnya ada buffer zone. Sepatut tindakan kena ambil tindakan proaktiflah… Dah 2 meninggal kat situ. Dan saya rasa tindakan pantas kena ambil," kata beliau di Dewan. (Sumber: Penyata Dewan DUN Negeri Sembilan, Mei 2024, ms 128)
Sumber: Rekod Penyata Dewan (Hansard) rasmi DUN Negeri Sembilan (Dis 2023 ms 202-203, Nov 2024 ms 340 & 381) · Portal Berita RTM · Sinar Harian, 20 Mac 2025.