Tadbir urus berintegriti kunci kelangsungan, keberkatan GLC Kelantan – Menteri Besar
Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Menteri Besar
SHAH ALAM, 20 Julai – Tadbir urus korporat yang cekap dan berintegriti merupakan kunci utama dalam memastikan kelangsungan serta keberkatan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri Kelantan, kata Menteri Besar, YAB Dato’ Panglima Perang, Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud.
Katanya, dunia korporat kini berdepan persekitaran yang semakin mencabar susulan ketidaktentuan ekonomi global, perkembangan teknologi yang pesat, perubahan corak pelaburan serta peningkatan jangkaan masyarakat terhadap aspek ketelusan dan integriti.
“Dalam suasana sebegini, GLC tidak lagi boleh berpuas hati sekadar menjadi organisasi yang stabil. Sebaliknya, GLC perlu tampil sebagai institusi yang berdaya tahan, inovatif dan diyakini oleh semua pihak.
“Lebih penting daripada itu, setiap kejayaan yang dicapai mestilah berdiri di atas asas integriti yang kukuh,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Pengarah 1.0 Tahun 2026 di Mardhiah Hotel, di sini, semalam.
Sumber: inforakyat.kelantan.my