KelantanNegeri

16 Seksyen EKJS dibentang semula akhir julai

Oleh: Syamimi Manah

KOTA DARULNAIM, 20 Julai – Kerajaan Negeri Kelantan bakal membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) berwajah baharu bagi menggantikan 16 seksyen dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang telah dibatalkan pada Persidangan Kali Kedua Tempoh Penggal Keempat Dewan Negeri Kelantan yang dijadual berlangsung pada akhir Julai ini.

Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, pembentangan RUU baharu itu dibuat susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada Februari 2024 yang membatalkan 16 seksyen dalam enakmen berkenaan.

Menurutnya, persediaan rapi perlu dilakukan menjelang persidangan Dewan Negeri, termasuk menerusi Bengkel Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) yang berlangsung, semalam.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️