Program pengantarabangsaan platform stategik jaringan pendidikan Islam Kelantan-Thailand
Oleh: Irham Hilmi Hashim
KOTA BHARU, 7 Julai — Program Pengantarabangsaan Pelajar Sekolah Swasta Aliran Agama Thailand ke Sekolah Yayasan Islam Kelantan menjadi platform strategik dalam memperkukuh jaringan kerjasama pendidikan Islam antara Kelantan dan Thailand, sekali gus membuka ruang kepada perkongsian ilmu, budaya serta pengalaman di peringkat antarabangsa.
Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Kamaruzaman Mohamad berkata, program itu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memperluas kerjasama pendidikan rentas sempadan bagi melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing di peringkat global.
Beliau berkata demikian mewakili Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat merasmikan Program Pengantarabangsaan Pelajar Sekolah Swasta Aliran Agama Thailand ke Sekolah Yayasan Islam Kelantan di Dewan Asma’ Binti Abu Bakar, Maahad Muhammadi Perempuan, semalam.
Sumber: inforakyat.kelantan.my