KelantanNegeri

30 peserta KYD Bootcamp dilatih kuasai platform jualan digital

Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Media YB Zamakhshari

KOTA BHARU, 7 Julai – Sebanyak 30 peserta Kelantan Youth Digitalpreneur (KYD) Bootcamp 2026 berjaya mengikuti latihan intensif yang memberi penekanan kepada penguasaan platform jualan digital seperti TikTok, Instagram dan WhatsApp bagi meningkatkan daya saing mereka sebagai usahawan muda.

Mereka mengikuti kursus tersebut selama tiga hari dua malam di sebuah hotel di sini bermula 4 hingga 6 Julai yang dirasmikan majlis penutup oleh Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhamad pada Isnin. 

Sehubungan itu YB Zamakhshari berkata, ekonomi digital membuka peluang luas kepada anak muda menjana pendapatan tanpa terikat dengan lokasi.

“Kebolehan membaca trend semasa dan beradaptasi dengan perubahan, peluang buat mereka yang celik digital dan berani mengorak langkah adalah lebih baik berbanding mereka yang masih kekal pada takuk yang lama,” katanya.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️