KelantanNegeri

Kain sarung lambang identiti wanita Melayu – YB Nor Asilah

Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Media Nisa’ Kelantan

TUMPAT, 5 Julai – Kain sarung, pakaian tradisional yang melambang identiti, kesederhanaan dan warisan budaya wanita Melayu perlu terus dipelihara sebagai warisan negara.

Timbalan Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita YB Nor Asilah Mohamed Zin berkata, pemilihan kain sarung sebagai tema program mencipta kelainan yang unik justeru mampu memugarkan warisan masyarakat Melayu yang kaya dengan nilai sejarah dan budaya.

“Budaya kain sarung merupakan sebahagian daripada warisan masyarakat Melayu yang melambangkan kesederhanaan, kesopanan dan identiti budaya. Kain sarung bukan sekadar pakaian tradisional bahkan mempunyai nilai sejarah dan fungsi dalam kehidupan seharian” katanya.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️