KelantanNegeri

Islam tidak larang seni budaya tetapi mesti berpandukan syariat – MB Kelantan

Oleh: Asri Hamat
Foto: UKMB

PASIR PUTEH, 5 Julai – Islam tidak melarang seni dan budaya kerana kedua-duanya merupakan sebahagian daripada fitrah manusia yang memenuhi keperluan emosi dan perasaan, kata Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nasuruddin Daud. 

Walau bagaimanapun, beliau mengingatkan Islam menetapkan panduan yang jelas supaya setiap amalan budaya dipandu oleh wahyu Allah SWT serta berkembang dalam lingkungan nilai, adab dan akhlak yang mulia.

Menurutnya, dalam kaedah fiqh disebut hukum asal bagi adat kebiasaan adalah harus selagi tiada dalil yang mengharamkannya.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️