KelantanNegeri

FKRK 2026 himpunkan warisan budaya dan penggiat seni

Oleh: Asri Hamat

PASIR PUTEH, 5 Julai – Festival Kesenian Rakyat Kelantan 2026 (FKRK) merupakan platform menghimpunkan warisan budaya dan penggiat seni di negeri ini, kata Menteri Besar YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nasuruddin Daud. 

Beliau memaklumkan, festival itu juga ialah wadah perkongsian ilmu, menggerakkan ekonomi rakyat serta memperkenalkan keunikan sebenar Kelantan kepada pelawat dari dalam dan luar negeri.

Menurutnya, Kelantan sememangnya dikenali sebagai Serambi Mekah, namun pada masa sama turut terkenal sebagai negeri yang kaya dengan warisan budaya Melayu.

“Kedua-dua identiti ini tidak pernah bercanggah. Malah, sejarah telah membuktikan bahawa perkembangan Islam di Kelantan turut menyuburkan tradisi ilmu, seni, bahasa dan budaya yang berteraskan nilai-nilai Islam.”

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Penutupan Program Pelancongan Budaya: Festival Kesenian Rakyat Kelantan (FKRK) 2026 yang diadakan di Jeti Pelancongan Tok Bali, di sini, semalam.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️