ABC-3D antara cabaran belia Kelantan ceburi sektor pertanian
Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Media Exco
KOTA DARULNAIM, 30 Jun – Persepsi terhadap cabaran ABC-3D dikenal pasti antara faktor utama yang menghalang golongan belia mendekati sektor pertanian di Kelantan.
Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata ABC merujuk kepada cabaran Air, Baja dan Cuaca manakala 3D pula ialah tanggapan terhadap pertanian sebagai pekerjaan yang Dirty (kotor), Difficult (sukar) dan Dangerous (berbahaya).
Katanya, persepsi berkenaan telah membina tembok tebal yang menyebabkan ramai belia kurang berminat untuk menceburi sektor pertanian.
“Hakikatnya, pertanian moden hari ini bukan lagi sektor 3D. Sebaliknya, bidang ini telah berkembang menjadi sektor yang ‘Digital, Dynamic dan Dignified’ (bermaruah), iaitu dipacu teknologi, penuh inovasi dan merupakan profesion yang mulia dalam menjamin keterjaminan makanan negara,” katanya dalam media sosial, pada Isnin.
Sumber: inforakyat.kelantan.my