KelantanNegeri

Kelantan-Petrosains teroka kerjasama strategik perluas pendidikan STEM

Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Media Exco

KOTA DARULNAIM, 30 Jun – Kerajaan Negeri Kelantan meneroka peluang kerjasama strategik bersama Petrosains Sdn. Bhd. bagi memperluas pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam usaha melahirkan generasi pelajar yang berdaya saing serta bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, perkara itu dibincangkan ketika beliau menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains Sdn. Bhd Ezarisma Azni Mohamad bersama barisan pegawai syarikat tersebut di pejabatnya, semalam.

Menurutnya, pertemuan itu turut disertai Timbalan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK) Ahmad Pakhruddin Deraman serta pegawai-pegawai YIK bagi membincangkan potensi kerjasama yang mampu memperkukuh pendidikan STEM khususnya kepada pelajar di Kelantan.

“Pertemuan ini membuka ruang perbincangan berkaitan potensi kerjasama strategik dalam memperkukuh pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik khususnya kepada anak-anak Kelantan.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️