Pemukiman wakil rakyat Kelantan perkukuh gerak kerja demi kesejahteraan rakyat
Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Menteri Besar
KOTA DARULNAIM, 24 Jun – Program Pemukiman Wakil-Wakil Rakyat Negeri Kelantan 2026 yang menghimpunkan Ahli Dewan Negeri (ADN) dan Ahli Parlimen Kelantan menjadi medan menyatukan fikrah, memperkukuh gerak kerja serta meningkatkan iltizam dalam melaksanakan amanah demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri Kelantan.
Demikian kata Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud.
Pemukiman tersebut berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur, semalam.
Sumber: inforakyat.kelantan.my