RM1,000 bantuan segera kepada setiap keluarga mangsa kebakaran Gok Kapur
Oleh: Syamimi Manah
KOTA BHARU, 9 Jun – Kerajaan Negeri Kelantan menyalurkan bantuan segera sebanyak RM1,000 kepada setiap keluarga yang terjejas dalam kebakaran besar di Kampung Cina, Gok Kapur bagi membantu meringankan beban mangsa yang kehilangan kediaman dan harta benda.
Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, bantuan melalui Tabung Serambi Mekah itu telah disampaikan kepada semua keluarga yang terlibat sebagai langkah awal membantu mereka meneruskan kehidupan selepas ditimpa musibah.
Menurutnya, kerajaan negeri amat berdukacita dengan kejadian yang mengakibatkan 27 buah rumah musnah dan menjejaskan seramai 110 mangsa daripada beberapa keluarga.
Sumber: inforakyat.kelantan.my