ADN Kijang salur sumbangan peribadi kepada mangsa kebakaran Kampung Cina Gok Kapur
Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Media Exco
KOTA DARULNAIM, 9 Jun – Ahli Dewan Negeri (ADN) Kijang YB Dato’ Dr Izani Husin menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga yang terjejas dalam kejadian kebakaran di Kampung Cina Gok Kapur.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan meminta penghulu mengumpulkan semua mangsa kebakaran bagi membolehkan satu pertemuan diadakan dalam suasana yang lebih tenang selain menyampaikan sumbangan kepada setiap keluarga yang terlibat, hari ini.
Dalam pertemuan itu, beliau turut menasihatkan mangsa agar terus tabah menghadapi ujian yang menimpa mereka.
Sumber: inforakyat.kelantan.my