KelantanNegeri

APC 2025 iktiraf 200 penjawat awam cemerlang Kelantan

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 8 Jun — Sebanyak 200 penjawat awam Negeri Kelantan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 sebagai pengiktirafan tertinggi kerajaan negeri terhadap prestasi, komitmen dan sumbangan cemerlang mereka dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam.

Setiausaha Kerajaan Negeri YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj Tengku Feissal berkata, anugerah tersebut bukan sekadar penghargaan berbentuk sijil atau ganjaran material, sebaliknya melambangkan pengiktirafan tertinggi organisasi terhadap kecemerlangan yang ditunjukkan sepanjang perkhidmatan.

Menurutnya, pengiktirafan itu mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam membudayakan perkhidmatan awam berkualiti tinggi yang berteraskan nilai U’budiyyah, Masu’liyyah dan Itqan (UMI).

“Apabila nilai-nilai ini mekar dalam diri setiap penjawat awam, ia dapat mengurangkan kerenah birokrasi, meminimumkan aduan pelanggan serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem penyampaian kerajaan negeri,” katanya.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️