KelantanNegeri

Aduan pengguna stadium diteliti, kemudahan terus ditambah baik

Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Unit Media Menteri Besar

KOTA DARULNAIM, 8 Jun — Kerajaan negeri memberi perhatian serius terhadap aduan dan permohonan yang dikemukakan pengguna Stadium Muhammad IV bagi memastikan kemudahan yang disediakan sentiasa memenuhi keperluan, keselesaan serta aspek keselamatan pengunjung.

Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, perkara tersebut antara fokus utama yang dibincangkan dalam Mesyuarat Ahli Perbadanan Stadium Kelantan yang dipengerusikannya di Stadium Sultan Muhammad IV, pada Ahad.

Menurutnya, mesyuarat berkenaan meneliti pelbagai isu berkaitan pengurusan stadium termasuk cadangan penambahbaikan kemudahan demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pengguna.

“Antara perkara yang dibincangkan berkaitan pengurusan stadium termasuk meneliti aduan serta permohonan bagi penambahbaikan kemudahan demi keselesaan dan keselamatan para pengguna,” katanya menerusi laman rasmi, semalam.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️