๐Ÿ”ด TERKINI
MENERUSKAN LEGASI: ZIARAH YB USTAZ FAUZI ERATKAN UKHUWAH BERSAMA BABA ABDULLAH Program Ibadah Korban 1447H / 2026 anjuran PAS Cawangan Mengkuang Titi & PASTI Bahrul Ulum ๐Š๐‹ ๐“๐€๐Š ๐๐„๐‘๐‹๐” ๐‰๐€๐ƒ๐ˆ ๐‡๐”๐ ๐‡๐ˆ๐๐”๐‘๐€๐ KPM Wajar Ambil Tindakan Drastik Tangani Kes Jenayah Seksual di Sekolah Ibadah korban PAS Tawau manifestasi komitmen khidmat bakti kepada masyarakat Korban Perdana PAS Lahad Datu erat perpaduan masyarakat DHPP Wilayah Persekutuan Perkukuh Agenda Perpaduan dan Kebajikan Masyarakat Majmuk PAS WANGSA MAJU AGIH DAGING KORBAN KEPADA ASNAF DAN GOLONGAN MEMERLUKAN MENERUSKAN LEGASI: ZIARAH YB USTAZ FAUZI ERATKAN UKHUWAH BERSAMA BABA ABDULLAH Program Ibadah Korban 1447H / 2026 anjuran PAS Cawangan Mengkuang Titi & PASTI Bahrul Ulum ๐Š๐‹ ๐“๐€๐Š ๐๐„๐‘๐‹๐” ๐‰๐€๐ƒ๐ˆ ๐‡๐”๐ ๐‡๐ˆ๐๐”๐‘๐€๐ KPM Wajar Ambil Tindakan Drastik Tangani Kes Jenayah Seksual di Sekolah Ibadah korban PAS Tawau manifestasi komitmen khidmat bakti kepada masyarakat Korban Perdana PAS Lahad Datu erat perpaduan masyarakat DHPP Wilayah Persekutuan Perkukuh Agenda Perpaduan dan Kebajikan Masyarakat Majmuk PAS WANGSA MAJU AGIH DAGING KORBAN KEPADA ASNAF DAN GOLONGAN MEMERLUKAN
Kenyataan Media

๐Š๐‹ ๐“๐€๐Š ๐๐„๐‘๐‹๐” ๐‰๐€๐ƒ๐ˆ ๐‡๐”๐ ๐‡๐ˆ๐๐”๐‘๐€๐

Kuala Lumpur tidak perlu dijadikan โ€œhub hiburanโ€ semata-mata untuk menarik pelancong kerana kekuatan sebenar Malaysia terletak pada identiti budaya, kepelbagaian masyarakat, nilai ketimuran serta keunikan warisan yang tidak dimiliki negara lain. Pelancong hari ini bukan hanya mencari hiburan malam atau pusat pesta, tetapi mereka juga mencari pengalaman autentik, keamanan, makanan tradisi, seni budaya, sejarah, alam semula jadi dan kehidupan masyarakat tempatan.

Kuala Lumpur sendiri sudah mempunyai daya tarikan tersendiri seperti Menara Berkembar Petronas, Masjid Negara dan kepelbagaian budaya yang hidup dalam masyarakat majmuk negara ini.

Selain itu, pembangunan sektor pelancongan yang terlalu bergantung kepada industri hiburan boleh memberi kesan sosial dan moral kepada masyarakat setempat. Sesebuah negara maju bukan diukur melalui banyaknya pusat hiburan, tetapi bagaimana ia mampu membina bandar yang selamat, bersih, mesra keluarga dan mempunyai nilai kehidupan yang seimbang.

Kuala Lumpur boleh menjadi destinasi pelancongan bertaraf dunia melalui pelancongan ilmu, pelancongan kesihatan, pelancongan Islamik, makanan halal, ekopelancongan dan program kebudayaan yang memperkenalkan identiti Malaysia kepada dunia.

Malah, ramai pelancong luar datang ke Malaysia kerana suasana harmoni dan sederhana yang ada pada negara ini. Mereka mahu melihat budaya Melayu, Cina, India dan etnik-etnik lain hidup bersama dalam aman. Inilah kekuatan sebenar Kuala Lumpur.

Bandar raya ini perlu dibangunkan sebagai pusat ekonomi, ilmu, teknologi dan budaya, bukannya dikenali hanya sebagai pusat hiburan.

Pelancongan yang berteraskan nilai dan identiti akan lebih lestari, dihormati dan memberi manfaat jangka panjang kepada negara serta generasi akan datang.

๐”๐ฌ๐ญ๐š๐ณ๐š๐ก ๐‡๐š๐ฃ๐ฃ๐š๐ก ๐๐ฎ๐ซ๐ข๐๐š๐ก ๐›๐ญ ๐’๐š๐ฅ๐ฅ๐ž๐ก
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM)
30 Mei 2026 bersamaan 13 Zulhijjah 1447H

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

๐Ÿ“ฑ ๐Ÿ“˜ ๐Ÿฆ โœˆ๏ธ