Sabah

Korban Perdana PAS Lahad Datu erat perpaduan masyarakat

Oleh: Nur Marlyannah Umar
29 Mei 2026, Jumaat

LAHAD DATU: Kesatuan dan perpaduan sesama masyarakat terserlah dalam pelaksanaan Program Korban Perdana PAS Lahad Datu yang diadakan pada kelmarin, di PASTI Asy-Syakirin, Jalan Segama.

β€œProgram ini diadakan bertujuan melaksanakan perintah agama, di samping menyahut saranan agar umat Islam bersatu padu atas nama Islam dan bekerjasama dalam segala amal Islami serta ehwal kehidupan.” Ujar Timbalan Yang Dipertua PAS Lahad Datu, Landari Labobo.

Program Korban dengan penglibatan bersama masyarakat setempat ini yang dilangsungkan sejurus pada hari kedua tasyrik itu memperlihatkan penyertaan tiga ekor lembu telah dikorbankan.

Menurut Landari, tahun ini merupakan tahun ke-10 ibadah korban ini dilaksanakan dan berhasrat untuk meneruskan program ini setiap tahun.

Menariknya program ini adalah penyertaan kebanyakkannya dari kalangan masyarakat sekitar Lahad Datu, ibu bapa PASTI dan SRITI.

Turut bersama hadir dan menjadi petugas, Ketua Pemuda PAS Lahad Datu, Tan Chin Khoon.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️