PAS WANGSA MAJU AGIH DAGING KORBAN KEPADA ASNAF DAN GOLONGAN MEMERLUKAN
WANGSA MAJU, 28 Mei — PAS Kawasan Wangsa Maju meneruskan tradisi kebajikan apabila melaksanakan agihan daging korban kepada golongan asnaf, fakir miskin dan penduduk yang memerlukan di sekitar kawasan ini semalam.
Program bersempena Aidiladha itu mendapat kerjasama daripada ahli-ahli PAS cawangan serta sukarelawan yang bergotong-royong sejak awal pagi bagi memastikan proses penyembelihan dan pengagihan berjalan lancar.
Wakil Jawatankuasa PAS Kawasan Wangsa Maju, Siti Aminah berkata program korban bukan sekadar ibadah tahunan, malah menjadi medium mendekati masyarakat dan menyantuni golongan yang kurang berkemampuan.
“Alhamdulillah, melalui program korban ini kita dapat berkongsi rezeki dengan masyarakat khususnya asnaf dan fakir miskin. Inilah semangat kebersamaan dan keprihatinan yang sentiasa dibawa oleh PAS dalam mendekati rakyat,” katanya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada para penyumbang, petugas dan penduduk yang bersama-sama menjayakan program tersebut demi memperkukuhkan ukhuwah dan semangat gotong-royong dalam masyarakat