KelantanNegeri

Program Penghayatan Hari Wukuf platform dekatkan diri kepada Allah – Speaker DUN Kelantan

Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 26 Mei – Program Penghayatan Hari Wukuf anjuran Urus setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN)  di seluruh negari hari ini mampu menjadi medium untuk umat Islam mendekatkan diri kepada Allah SWT serta membina hubungan rohani dalam kehidupan seharian. 

Speaker Dewan Negeri Kelantan YB Dato’ Seri Amar Diraja, Dato Dr Mohd Amar Abdullah berkata kehidupan manusia penuh dengan cabaran serta gangguan yang kadangkala menjejaskan masa dan tumpuan terhadap Allah SWT.

Katanya, program seperti itu membolehkan orang ramai meluangkan masa untuk mengosongkan fikiran daripada urusan duniawi dan memberi fokus kepada hubungan dengan Allah SWT.

“Melalui program Penghayatan Hari Wukuf ini sekurang-kurangnya kita boleh mengosongkan sekejap masa kita daripada urusan lain untuk fokus kepada Allah SWT.

“Apabila kita duduk bersama-sama dengan pakaian tema putih dan mendengar ucapan penceramah, sekurang-kurangnya dalam tempoh satu hingga dua jam kita dapat mengosongkan fikiran dan hati daripada perkara duniawi yang menyebabkan kita lalai,” jelasnya.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️