Kesatuan ummah, kasih sayang tanpa syarat teras Penghayatan Hari Wukuf
Oleh: Norzana Razaly
Foto: Media PKD Meranti
PASIR MAS, 26 Mei – Kesatuan ummah dan kasih sayang tanpa syarat perlu terus diperkukuh dalam masyarakat Islam bagi memastikan kekuatan umat kekal terpelihara, selaras dengan roh ibadah haji yang menyatukan manusia tanpa mengira darjat, bangsa dan latar belakang.
Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, ibadah haji membawa mesej besar penyatuan apabila umat Islam berhimpun dalam pakaian ihram berwarna putih sebagai lambang persamaan dan ketundukan kepada Allah SWT.
Sumber: inforakyat.kelantan.my