YIK-UiTM pemangkin budaya STEM dalam kalangan pelajar
Oleh: Syamimi Manah
KOTA DARULNAIM, 21 Mei – Kerjasama antara Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan menjadi pemangkin kepada usaha menyemarakkan budaya inovasi serta meningkatkan minat pelajar terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negeri ini.
Exco Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, usaha tersebut penting dalam memberi pendedahan awal kepada pelajar terhadap bidang sains, teknologi, inovasi, kreativiti serta kemahiran penyelesaian masalah secara praktikal.
Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat barisan pensyarah Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan di pejabatnya, semalam.
Sumber: inforakyat.kelantan.my