Bijaksana mengurus persepsi tatkala menerima berita
Oleh: Norzana Razaly
Dalam zaman maklumat bergerak sepantas jari menyentuh skrin, manusia sedang dibentuk oleh cara berita itu disusun, ditajukkan dan disebarkan. Di sinilah kebijaksanaan mengurus persepsi menjadi satu kemahiran hidup yang amat penting, bukan sahaja kepada pemimpin dan pengamal media, bahkan kepada seluruh masyarakat.
Kenyataan Timbalan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta YB Nik Bahrum Nik Abdullah, mengenai laporan peningkatan kes bunuh di Kelantan membuka satu ruang renungan yang sangat wajar.
Melihat angka dengan konteks
Beliau tidak menafikan keseriusan jenayah bunuh. Malah, beliau menegaskan bahawa satu nyawa yang hilang pun tetap suatu musibah besar. Namun, beliau mengajak masyarakat melihat angka dengan konteks, bukan sekadar bertindak balas terhadap tajuk yang menggoncang emosi.
Reaksi awal YB Nik Bahrum memperlihatkan sesuatu yang manusiawi. Beliau βterkejutβ apabila membaca kenyataan bahawa Kelantan mencatatkan kenaikan kes bunuh sebanyak 100 peratus bagi empat bulan pertama tahun ini.
Sumber: inforakyat.kelantan.my