Pidato Prof Dr Abdul Somad himpunkan ribuan umat
Oleh: Irham Hilmi Hashim
TUMPAT, 17 Mei – Program Pidato Perdana Da’i Nusantara yang menampilkan pendakwah terkenal Indonesia Prof Dr Ustaz Abdul Somad menghimpunkan ribuan umat Islam dari Kelantan dan Selatan Thailand di Pantai Sri Tujuh, Pengkalan Kubor, Khamis lalu.
Program itu turut disertai pelajar sekolah pondok dan tahfiz dari wilayah Narathiwat, Patani dan Yala yang memenuhi kawasan program sejak awal petang.
Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kehadiran ribuan pengunjung termasuk dari Selatan Thailand membuktikan masyarakat Islam masih dahagakan pengisian ilmu dan seruan penyatuan ummah.
Sumber: inforakyat.kelantan.my