22 petani Pulai Chondong terima bantuan peralatan pertanian
Oleh: Irham Hilmi Hashim
MACHANG, 17 Mei — Sejumlah 22 petani di Pulai Chondong menerima bantuan peralatan pertanian sebagai usaha memperkasa sektor pertanian serta meningkatkan produktiviti hasil tanaman di kawasan berkenaan dalam satu program penyerahan yang berlangsung di Pusat Khidmat DUN Pulai Chondong, Khamis lalu.
Penyerahan bantuan disampaikan oleh Ketua Pegawai Tadbir DUN Pulai Chondong Mansor Mohamed mewakili Ahli Dewan Negeri (ADN) Pulai Chondong YB Azhar Salleh.
Sehubungan itu, YB Azhar berkata, inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri Kelantan dalam memastikan golongan petani terus diberi perhatian melalui pelbagai bentuk sokongan dan bantuan.
Sumber: inforakyat.kelantan.my