Kelantan International Jamboree 4×4 2026 promosi ekopelancongan Kuala Balah
Oleh: Irham Hilmi Hashim
JELI, 17 Mei — Kelantan International Jamboree 4×4 2026 & Drive For Gaza 2.0 membuka ruang signifikan kepada usaha mempromosikan Kuala Balah sebagai destinasi ekopelancongan.
Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan YB Datuk Kamarudin Md Nor berkata penganjuran program berkenaan memberi pendedahan kepada aktiviti sukan lasak 4×4 sekali gus menjadi platform strategik dalam memperkenalkan keunikan bentuk muka bumi serta potensi semula jadi yang terdapat di kawasan tersebut.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Kelantan International Jamboree 4×4 2026 & Drive For Gaza 2.0 yang berlangsung di trek baharu di bawah Jambatan Kuala Balah, semalam.
Sumber: inforakyat.kelantan.my