KelantanNegeri

ADN Pengkalan Kubor santuni tiga keluarga, serah bantuan Kifalah RM1,000

Oleh: Irham Hilmi Hashim

KOTA DARULNAIM, 17 Mei — Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan  merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Pengkalan Kubor YB Wan Roslan Wan Hamat menziarahi tiga keluarga di Pengkalan Kubor yang diuji dengan kehilangan ahli keluarga, kemalangan serta kematian, sekali gus menyampaikan sumbangan khairat RM1,000 kepada waris yang terlibat.

Ziarah itu melibatkan keluarga Allahyarham Ab. Ghapar Jusoh di Kampung Bunohan dan Almarhumah Ramlah Che Lah di Kampung Kajang Sebidang, selain turut menziarahi keluarga Allahyarham Nor Hisyam Mat Rafin di Kampung Nechang bagi menyampaikan ucapan takziah serta berkongsi rasa dukacita atas pemergian arwah.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️