KelantanNegeri

1,000 peserta meriahkan Half Marathon Jeli, pelari Kenya ungguli kategori antarabangsa

Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Media ADN Kuala Balah

JELI, 11 Mei – Sebanyak 1,000 peserta dari dalam dan luar negara memeriahkan Program Jeli MD Stats Nature Half Marathon 2026 yang berlangsung di Padang Istiadat Majlis Daerah Jeli (MDJ) pada Sabtu.

Program yang bertemakan “Run, Breathe, Nature” itu mengetengahkan elemen gaya hidup sihat dan keindahan alam semula jadi Jeli sebagai daya tarikan utama acara.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Balah YB Dato’ Abdul Hadi Awang Kechil mewakili Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhammad merasmikan program tersebut.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️