KelantanNegeri

Modus operandi baharu pengedaran dadah secara dalam talian perlu tindakan pantas – Pengerusi PEMADAM Kelantan

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Media Exco

KOTA DARULNAIM, 11 Mei – Pihak berkuasa kini berdepan cabaran mencegah penyalahgunaan dadah dan perlu bertindakan lebih pantas apabila modus operandi baharu pengedaran dadah yang bukan lagi berlaku secara tradisional di lorong gelap, sebaliknya boleh dibeli secara dalam talian dan diselindungkan melalui perkhidmatan bungkusan.

Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Kelantan YB Zamakhshari Mohamad, berkata situasi itu menjadi semakin mencabar dengan kemunculan trend dadah sintetik yang lebih kompleks.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, tindakan lebih pantas dan menyeluruh perlu digerakkan semua pihak bagi mengekang ancaman terbabit daripada terus menular dalam masyarakat.

Katanya, PEMADAM di peringkat komuniti perlu lebih proaktif dalam melaksanakan gerak kerja akar umbi supaya mesej kesedaran dan pemulihan dapat disampaikan terus kepada masyarakat.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️