KelantanNegeri

Kelantan teliti teknologi pusat data perkasa agenda digital negeri

Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Media Exco

KOTA DARULNAIM, 10 Mei – Kelantan meneliti teknologi pusat data dan infrastruktur digital moden dalam usaha memperkasa agenda digital negeri menerusi lawatan kerja ke TM Network Intelligence Centre (NIC) dan Klang Valley Data Centre (KVDC), Cyberjaya pada Jumaat.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, lawatan tersebut memberi pendedahan berkaitan pengurusan rangkaian pintar, keselamatan data, sistem pemantauan operasi serta teknologi digital terkini yang menjadi pemacu utama pembangunan ekonomi digital negara.

Menurutnya, perkembangan pesat teknologi dan pengurusan data masa kini memerlukan negeri sentiasa bersedia untuk menyesuaikan diri dengan keperluan transformasi digital yang semakin berkembang.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️