27 warga uzur disantuni ADN Pengkalan Kubor melalui SKC
Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Media Exco
KOTA DARULNAIM, 10 Mei – Sebanyak 27 penduduk uzur di Dewan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor disantuni Ahli Dewan Negeri (ADN) YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat menerusi program ziarah Skuad Kita Cakna (SKC) DUN Pengkalan Kubor.
Program ziarah tersebut melibatkan beberapa kawasan sekitar Mukim Tujoh, Kedai Geting, Geting, Tebing, Ketil dan Tanjong.
YB Dato’ Wan Roslan yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, program ziarah berkenaan bertujuan menyantuni golongan memerlukan selain menyampaikan sumbangan dan bertanya khabar khususnya kepada mereka yang sedang diuji masalah kesihatan.
Sumber: inforakyat.kelantan.my