KelantanNegeri

642 penghulu dilantik sebagai pembanci ternakan ruminan di Kelantan

Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 19 April – Sebanyak 642 penghulu di seluruh Kelantan dilantik sebagai pembanci bagi melaksanakan pendaftaran ternakan ruminan dalam usaha mengumpul data menyeluruh sektor penternakan negeri itu.

Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata pengumpulan data lengkap meliputi populasi ternakan, lokasi ladang, status penternak serta amalan pengurusan ternakan amat penting untuk membantu kerajaan merancang pembangunan sektor berkenaan.

Katanya, data yang komprehensif akan memudahkan usaha menjadikan Kelantan sebagai negeri mesra penternakan dan pertanian, selain mengukuhkan peranan negeri itu sebagai jelapang makanan negara.

β€œSaya berharap dengan kerjasama semua penghulu dan kepakaran mereka, dalam tempoh tiga bulan bermula April hingga Jun ini, data pendaftaran ternakan ruminan dapat disiapkan.

β€œKita mahu melihat jajahan dan mukim mana yang mempunyai bilangan penternak tertinggi. Malah, penghulu yang berjaya menyenaraikan sehingga 200 penternak akan diberikan ganjaran khas,”

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sesi Libat Urus Bancian Ternakan Ruminan Negeri Kelantan 2026 bagi jajahan Kota Bharu, Bachok dan Pasir Mas di Dewan Gelanggang Seni, di sini, hari ini.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️