KelantanNegeri

300 peserta sertai Raya Run Bukit Peraksi 2026

Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Media PKD Semerak

PASIR PUTEH, 18 April — Larian bertemakan Aidilfitri “Raya Run Bukit Peraksi 2026”  berjaya menarik penyertaan kira-kira 300 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat, sekali gus memeriahkan suasana sambutan Syawal melalui aktiviti riadah berkonsepkan komuniti dan gaya hidup sihat.

Program anjuran Kelab Belia Semerak itu menjadikannya antara acara larian santai berkonsepkan rekreasi dan cabaran fizikal yang unik di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADN) Semerak YB Nor Sham Sulaiman berkata, program tersebut bukan sahaja memberi ruang kepada masyarakat untuk beriadah, malah menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim sempena sambutan Aidilfitri.

“Saya turut sama menghadiri program Larian Raya (Raya Run) yang dianjurkan oleh Kelab Belia Semerak (KELAS).

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️