KelantanNegeri

Pasukan STEM MSTG hargai sokongan Exco Pertanian bantu komersialkan produk

Oleh: Syamimi Manah

KOTA BHARU, 16 April — Pasukan STEM Maahad Sains Tok Guru (MSTG) menzahirkan penghargaan kepada Exco Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail atas sokongan yang diberikan dalam membantu komersialkan produk inovasi mereka, TnC Acne Serum.

Guru Penasihat pasukan tersebut Dr Siti Noorhaniah Yusoh berkata, sumbangan dana sebanyak RM7,000 yang disalurkan amat signifikan dalam mempercepatkan usaha pasukan berkenaan ke arah pengkomersialan produk. 

Replika cek tersebut disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud sempena Majlis Satu Dekad MSTG di pekarangan sekolah berkenaan, pada Selasa.

Menurutnya lagi, dana itu dimanfaatkan bagi tujuan pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), selain mempercepatkan proses mendapatkan kilang yang sesuai untuk pengeluaran produk serta melengkapkan keperluan pendaftaran dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️