Kelantan rangka promosi lebih efektif tembusi pasaran China, Singapura – Exco Pelancongan
Oleh: Irham Hilmi Hashim
KOTA DARULNAIM 16 April — Kerajaan Negeri Kelantan merangka pendekatan promosi pelancongan yang lebih efektif serta pembangunan produk berimpak tinggi bagi menembusi pasaran antarabangsa, khususnya China dan Singapura, susulan dua kunjungan strategik pemain industri ke Pejabat Exco Pelancongan di Mabna, semalam.
Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan YB Datuk Kamarudin Md Nor berkata pertemuan melibatkan KMA Production Sdn. Bhd. dan Temasek Foundation, Singapura itu dilihat sebagai langkah memperluas capaian promosi serta meningkatkan daya saing sektor pelancongan negeri di peringkat global.
Menurutnya, perbincangan bersama KMA Production Sdn. Bhd. tertumpu kepada penghasilan kandungan kreatif yang menepati citarasa pelancong dari China, termasuk strategi pemasaran digital bagi memperluas capaian kempen “Indahnya Kelantan”.
Sumber: inforakyat.kelantan.my