KelantanNegeri

Ijtimak Perpaduan Ummah satukan fikrah, arah perjuangan diselaras – MB Kelantan

Oleh: Norzana Razaly
Kredit foto: Unit Media Menteri Besar

KUALA NERUS, 5 April – Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-5 menjadi medan penyatuan fikrah, penyelarasan hala tuju serta pengukuhan tekad perjuangan umat Islam dalam satu saf yang utuh.

Demikian kenyataan Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud  yang hadir bersama barisan kepimpinan Menteri Besar SG4 bagi memeriahkan program anjuran Kerajaan Negeri Terengganu.

Program berskala global itu berlangsung selama tiga hari penuh bermula pukul 9. 00 pagi Khamis dan berakhir pukul 11.30 malam pada Sabtu di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak.

Sehubungan itu, Dato’ Mohd Nassuruddin menyifatkan program yang mendukung intelektual, memartabatkan budaya dan memelihara warisan itu sebagai titik penting dalam memperkukuh kesatuan ummah.

Beliau menegaskan, himpunan berkenaan melangkaui konsep pertemuan biasa, sebaliknya berperanan sebagai wahana strategik dalam membina kesedaran kolektif umat Islam.

“Ini adalah titik temu antara pemimpin dan umat, tempat di mana suara disatukan, arah diperkemaskan, dan masa depan digerakkan dengan satu jiwa.

“Apabila ummah sudah bersatu dengan kesedaran, musuh tidak lagi berdepan individu tetapi satu kekuatan yang tidak boleh dipecahkan,” katanya menerusi media sosial, pada Sabtu.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️